| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Laporan Program Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Penghuni Penjara Kajang Tahun 2020

Pada 27 Ogos 2020 (Khamis), Unit Program Pembangunan Insan (PPI) Penjara Kajang telah mengadakan Program Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2020 yang melibatkan penyertaan seramai 200 orang penghuni. Program tersebut telah berlangsung di Dewan Harmoni, Penjara Kajang. Antara pengisian Program Kibarkan Jalur Gemilang pada kali ini ialah persembahan lagu patriotik, deklamasi sajak dan persembahan teater daripada penghuni-penghuni.Program ini telah dirasmikan oleh PP Maswardi Bin Masri dan turut dihadiri oleh Ketua Seksyen Pemulihan Penjara Kajang, TPP Shollehin Bin Dahari serta Pegawai Kanan dan anggota-anggta PPI . Program ini bertujuan untuk melahirkan keinsafan pada diri penghuni-penghuni agar melakukan perubahan sikap untuk melakukan sesuatu yang baik buat negara tercinta serta menyemai semangat patriotisme.