| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Pemakaian Pangkat, Pingat Dan Sijil Penghargaan Bagi Kakitangan Penjara Pusat Miri Tahun 2020

Pada 18 Ogos 2020 (Selasa), Penjara Pusat Miri telah mengadakan Majlis Pemakaian Pangkat, Pingat dan Sijil Penghargaan Bagi Kakitangan Penjara Pusat Miri tahun 2020 bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Pusat Miri. Majlis tersebut dihadiri oleh (70) orang kakitangan dan (58) orang kakitangan yang terlibat iaitu (6) orang Penerima Pangkat Sarjan TBBK dan Kopral TBBK dan (53) orang penerima Pingat dan sijil penghargaan tahun 2019 dan tahun 2020. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak YDH. TKP Haji Ajidin Bin Haji Salleh. Majlis di akhiri dengan nyanyian lagu dan kibaran Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan oleh semua hadirin yang hadir.

Pengarah Penjara Negeri Sarawak YDH. TKP Haji Ajidin Bin Haji Salleh turut membuat lawatan kerja ke Penjara Pusat Miri pada hari tersebut. Taklimat dan Lawatan Tapak Projek berkaitan kerja-kerja Penyelenggaraan Dan Pembaikian Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Prihatin Jabatan Penjara Malaysia telah disampaikan oleh Pegawai Pembangunan Penjara Pusat Miri, IP Steward James Noah.