| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pemakaian Pangkat dan Pingat serta Sijil Penghargaan Peringkat Penjara Negeri Pulau Pinang

Pada 11 Ogos 2020 (Selasa) bertempat di Dewan Pejabat Penjara Negeri Pulau Pinang telah diadakan Majlis Pemakaian Pangkat dan Pingat serta Sijil Penghargaan peringkat Penjara Negeri Pulau Pinang. Seramai (17) orang penerima pangkat, (30) orang penerima pingat dan (1) orang penerima sijil penghargaan daripada Ketua Cawangan Khas Pulau Pinang kepada Unit Smartcom Penjara Reman Pulau Pinang. Tetamu jemputan yang dihadiri ialah Pengarah Penjara Seberang Prai, PKK Zulkifli Bin Abdul Manah dan Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, PKP Mohamad Jusoh Bin Ismail. Majlis disempurnakan oleh TKP Roslan Bin Hj. Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang.