| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Majlis Perasmian Karnival Sukan Peringkat Penghuni Penjara Kajang Tahun 2020

Pada 11 Ogos 2020 (Selasa), Unit Program Pembangunan Insan (PPI) Penjara Kajang telah mengadakan Majlis Perasmian Karnival Sukan Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2020 yang melibatkan penyertaan seramai 230 orang penghuni. Program tersebut telah berlangsung di Padang Utama, Penjara Kajang. Antara pengisian Majlis Perasmian Karnival Sukan pada kali ini ialah bacaan Ikrar sukan oleh banduan dan Perlawanan Bola Sepak antara Pasukan Naib Juara dan Juara tahun 2019.Program ini telah dirasmikan oleh PP Maswardi Bin Masri dan turut dihadiri oleh Ketua Seksyen Pemulihan Penjara Kajang, TPP Shollehin Bin Dahari serta pegawai kanan. Program ini bertujuan untuk mengeratkan perhubungan antara penghuni dan memupuk semangat berpasukan penghuni yang bertanding.