| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penghuni Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka Terima Sijil Penghargaan Dari Jabatan Oftalmologi Hospital Melaka

Pada 28 Julai 2020 (Selasa), seramai 25 orang penghuni termasuk 7 orang penghuni wanita Bengkel Jahit SHG Telok Mas telah menerima Sijil Penghargaan dalam majlis ringkas yang diadakan sempena penyerahan pakaian Personal Protective Equipment (PPE). Majlis penyerahan sijil tersebut telah disempurnakan oleh Dr Nur Fazilah binti Abdul Jalil, Penolong Pengarah Jabatan Oftalmologi (Mata) Hospital Melaka. PKP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar, Pengarah Sekolah Henry Gurney, Telok Mas telah menyerahkan 1,200 pasang kelengkapan pakaian PPE yang telah disiapkan oleh penghuni dan kakitangan disini.