| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Ibadah Korban Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1441h/2020m Peringkat Kakitangan Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

Program Ibadah Korban Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1441h/2020m Peringkat Kakitangan Institusi Pemulihan Dadah Jelebu 31 Julai 2020 (Jumaat) - Kakitangan dan Warga daripada Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah menyambut Hari Raya Aidiladha bersamaan 10 Zulhijjah 1441 Hijriah bagi tahun 2020. Seramai 40 orang daripada Pegawai dan Anggota lain-lain pangkat telah hadir bertugas pada hari tersebut. Turut hadir memeriahkan suasana PP Mohd Sapudin bin Said Timbalan Pengarah IPDJ, menghadiri perjumpaan Anggota bertugas bersama TPP Raznizal bin Razali Timbalan Penguasa Penjara IPDJ. PP Mohd Sapudin bin Said Timbalan Pengarah IPDJ turut serta Solat Berjemaah Solat Sunat Hari Raya Aidiladha di Surau Al-Ikhlas IPDJ dengan mematuhi SOP (Standard Of Procedure) yang telah ditetapkan bagi menangani wabak Covid-19.