| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Ke Atas YDH Tuan Mohd Shafiq Anas Abdullah, Pengarah Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak

Pada 19 Oktober 2020 (Isnin), Penjara Negeri Sarawak telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YDH Tuan Mohd Shafiq Anak Abdullah, Pengarah Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak sekitar jam 9.30 pagi bertempat di Kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan, Kuching, Sarawak. Kunjungan telah diwakili oleh YDH TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan turut dihadiri oleh YDH PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak serta beberapa pegawai Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Tujuan kunjungan diadakan bagi mengekalkan hubungan baik dan kerjasama kedua-dua pihak.