| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Jasamu Dikenang Dan Anugerah Anak-Anak Cemerlang Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2020

Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan telah dilantik sebagai pengelola Majlis Jasamu Dikenang Dan Anugerah Anak-Anak Cemerlang Peringkat Negeri Kelantan. Majlis telah diadakan pada 3 Oktober 2020 bertempat di Grand Riverview Hotel, Kota Bharu dan dihadiri oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia Dato?Sri Hj. Zulkifli bin Omar dan isteri selaku YDP PERSIAP Malaysia Datin Sri Hjh. Noraini binti Hj. Man. Turut mengiringi adalah Pengarah Penjara Negeri Kelantan PKK Mat bin Yaacob, Pengerusi Persiap Negeri Kelantan Pn.Roslaini binti Ali, Pengerusi POA TKP Zaidi bin Hamid dan Setiausaha Agong Persiap Pn.Harlina binti Mohamad. Antara pengisian majlis ialah penyampaian hadiah dan sijil kepada pesara dan pasangan serta anak-anak cemerlang.