| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Karnival Sukan Penghuni 2020 Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka

Pada 30 Oktober 2020, Institusi Sekolah Henry Gurney Melaka telah mengadakan Majlis Penutupan Karnival Sukan Penghuni 2020 bertempat di Mini Stadium Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Majlis penutupan ini telah disempurnakan oleh PKP Hairol Hisham Bin Mohd Harith, Pengarah SHG Telok Mas dan turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan dan Guru-guru SHG Telok Mas, Melaka. Antara acara yang dipertandingkan ialah Bolasepak akhir, Sepak Takraw Akhir dan Tarik Tali Akhir. Dalam Karnival Sukan Penghuni 2020 ini Rumah Hang Lekir telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan.