| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Jasamu Dikenang Dan Anugerah Anak Cemerlang Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2020

Pada 27 September 2020 (Ahad) bertempat di Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang telah diadakan Majlis Jasamu Dikenang Dan Anugerah Anak Cemerlang Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2020. Majlis telah disempurnakan oleh Y.Bhg KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia bersama YBhg. Datin Sri Hajjah Noraini bt Man, selaku Yang DiPertua PERSIAP Malaysia menyampaikan sijil dan cenderamata kepada (26) pesara serta pasangan dan (18) anak-anak kakitangan yang cemerlang dalam UPSR, PT3 dan SPM diraikan dalam majlis tersebut. Anak-anak kakitangan yang cemerlang menerima sumbangan daripada Persatuan Pegawai-Pegawai Penjara (POA) dan PERSIAP. Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan Derma Khairat Kematian dan sumbangan Persatuan Pegawai-Pegawai Penjara (POA) kepada (4) waris pegawai dan anggota yang meninggal dunia.