| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Keluarga Sakinah Anjuran Bersama Pejabat Agama Islam Daerah Selangor "Akidah Sejahtera Keluarga Terpelihara"

18 September 2020 (Jumaat) ? Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA) telah mengadakan program Keluarga Sakinah "Akidah Sejahtera Keluarga Terpelihara" anjuran bersama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor di Surau Umar Al-Khattab Kuarters Penjara PKPA. Forum dibarisi oleh seorang moderator Al-Fadhil Ustaz Kamal Ariffin Bin Kamarudin dan dua orang panel Al-Fadhil Ustaz Haji Firdaus Bin Haji Subhi dan Al-Fadhil Ustaz Hafizzudin Bin Kadir. Program dihadiri Pengarah PKPA PKP Amer Shariffudin Bin Mat Noor diiringi TPP Muhammad Faris Bin Rusli Timbalan Pemulihan PKPA. Seramai 90 orang yang hadir bagi memeriahkan forum terdiri daripada kakitangan, ahli keluarga dan tetamu jemputan dari Penjara Sungai Buloh, Pejabat Parol Kuala Selangor dan Masjid Felda Bukit Cerakah.