| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Bicara Ilmu Bersama Yadim Kedah Peringkat Penghuni Penjara Sungai Petani, Kedah

24 September 2020 bersamaan 6 Safar 1442, Unit Pemulihan dan Rawatan (Unit Agama) Penjara Sungai Petani telah menganjurkan Program Bicara Ilmu peringkat Penghuni Penjara Sungai Petani, Kedah dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah, bertempat di Surau At-Taqwa, Penjara Sungai Petani. Seramai 88 orang banduan telah mengikuti ceramah tersebut. Ceramah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Rosmanizam bin Rosdi. Majlis tersebut turut dihadiri oleh PPP Fudzly bin Abdul Wahab, Ketua Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Sungai Petani, Tuan Haji Azmi b. Mohamad, Pegawai Eksekutif (YADIM) Kedah serta Kakitangan Penjara Sungai Petani, Kedah.