| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Jati Diri Siri 1/2020 Peringkat Anggota Dan Kakitangan Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

21 September 2020 (Isnin) - Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah mengadakan Kursus Jati Diri Siri 1/2020 Peringkat Anggota dan Kakitangan IPDJ bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Jelebu. Tujuan kursus diadakan adalah untuk memupuk nilai-nilai positif dalam diri setiap individu bertujuan memberikan kesan ke atas mutu perkhidmatan. Kursus ini melibatkan seramai 20 orang peserta terdiri daripada 16 anggota dan 4 orang kakitangan awam IPDJ. Upacara Penutupan Kursus telah disempurnakan oleh PKP Shahrom bin Mohamed Pengarah IPDJ.