| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Bicara Hijrah Di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka

Pada 21 September 2020 (Isnin) Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka bersama Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Melaka telah melaksanakan Program Bicara Hijrah yang melibatkan 50 orang kakitangan. Program telah dimulakan dengan ceramah yang bertajuk ?Hijrah Sebenar? yang disampaikan oleh YBhg Tuan Haji Kamarudin Bin Sidek, Penasihat Agama Ketua Menteri Melaka. Majlis diakhiri dengan acara penyampaian Kit Al Quran oleh pihak Kolej Al-Quran Saidina Ali kepada penghuni yang menyertai Program Tahsin dan Hafazan Al-Quran. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran PKP Hairol Hisham Bin Mohd Harith, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka.