| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Taklimat Skim Perlindungan daripada Prudential BSN Kepada Kakitangan Pusat Koreksional Jasin, Melaka

8 September 2020 (Selasa), bertempat di Dewan Orkid Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah diadakan Taklimat Skim Perlindungan yang dikendalikan oleh Tuan Hj Mohd Fauzi Bin Husin Pengurus Agensi Sixma Group. Seramai (30) peserta terdiri daripada (6) Pegawai kanan dan (14) anggota lain-lain pangkat serta 10 kakitangan awam terlibat di dalam taklimat tersebut.

Antara objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan serta kefahaman tentang kepentingan memiliki perlindungan di peringkat awal dan kemudahan-kemudahan perlindungan yang disediakan sebagai persiapan sekiranya berlakunya musibah. Selain itu, ianya juga memberi maklumat serta penjelasan yang lebih terperinci berkaitan risiko-risiko yang berkemungkinan akan dihadapi dan jalan penyelesaiannya. Taklimat ini juga dihadiri oleh PKP Noratimah Binti Abu Bakar, Pengarah Pusat Koreksional Jasin. Di akhir taklimat ini diharapkan kakitangan mendapat manfaat, ilmu serta maklumat yang berkesan dan ianya dapat digunakan untuk diri sendiri, keluarga dalam menghadapi kehidupan seharian.