| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan TKJP Pemasyarakatan Ke Ladang Agro Dan Program Penanaman Pokok Durian Di Dusun Haji Wahab, Penjara Kluang

Pada 14 September 2020 (Isnin) TKJP Pemasyarakatan YBhg. Dato' Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak telah mengadakan lawatan ke Ladang Agro, Penjara Kluang. Pada lawatan tersebut YBhg. Dato' TKJP Pemasyarakatan diiringi oleh KP Haji Abd Wahab Bin Haji Kassim Pengarah Penjara Negeri Johor, TKP Ku Nawawi Bin Ku Hamid Pengarah Penjara Negeri Melaka, TKP Wan Ramzan Bin Wan Ahmad Pengarah Penjara Kluang, PKK Kamarul Alam Bin Taib Timb. Pengarah Penjara Kluang, PKP Kalbin Mohd Said Pengarah Pusat koreksional Johor Bahru, PP Azmi Bin Mahat Wakil Pengarah Penjara Simpang Renggam, Pengerusi PERSIAP Negeri Johor, Pengerusi PERSIAP Negeri Melaka, Pengerusi PERSIAP Penjara Kluang, Pegawai Kanan dan AJK PERSIAP Penjara Kluang. Disamping lawatan ke Ladang Agro dan Kolam Ikan Keli, YBhg. Dato TKJP Pemasyarakatan juga sudi untuk sama - sama menanam pokok durian jenis Musang King dan Duri Hitam di Dusun Haji Wahab. Idea penanaman pokok durian ini telah di cetuskan oleh TKP Ku Nawawi Bin Ku Hamid Mantan Pengarah Penjara Kluang yang kini berpindah ke Pejabat Penjara Negeri Melaka yang melihat potensi tanah milik Penjara Kluang yang masih tidak digunakan.