| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP) Ke Unit Rawatan Dan Pemulihan Dadah, Penjara Kajang

Pada 03 September 2020 (Khamis), Unit Rawatan dan Pemulihan Dadah (RPD), Penjara Kajang telah menerima lawatan seramai (32) orang dari Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP). Semua pelawat dibawa melihat program pemulihan seperti Program Fasa 1 (Padang Kawad), Program Fasa II (Unit Therapeutic Community dan Unit Halaqah) di Blok Cemerlang dan Program Fasa III (Bengkel Roti). Taklimat lawatan diberi oleh PKK Abdul Kadir Jailani bin Ismail (Bahagian Perundangan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia) di Auditorium Vokasional dan Industri (VI), Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Lawatan ini merupakan perkara penting yang perlu dihadiri peserta bagi melengkapi Course On Crime Sentencing Process.