| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-63 Dan Hari Malaysia Ke-57

Pada 15 September 2020, bertempat di Dewan Makan Blok Damai telah diadakan program Sambutan Kemerdekaan Ke-63 Dan Hari Malaysia ke-57 Peringkat Orang Diselia (ODS) Pusat Koreksional Jasin tahun 2020. Program ini dirasmikan oleh PKP Zalina Binti Mohd Yunus, Pengarah Pusat Koreksional Jasin. Program ini disertai seramai 120 ODS Pusat Koreksional Jasin. Tujuan program ini adalah untuk memupuk semangat kemerdekaan dan cinta kepada negara dalam diri penghuni. Antara aktiviti yang diadakan adalah sajak kemerdekaan, lukisan lakaran wajah Perdana Menteri dan lukisan mural Tugu Negara.