| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Menteri Kementerian Dalam Negeri Sempena Sambutan Hari Penjara Ke-230 Di Unit Rawatan Dan Pemulihan Dadah, Penjara Kajang

Pada 25 Ogos 2020 (Selasa), Unit Rawatan dan Pemulihan Dadah (RPD), Penjara Kajang telah menerima Lawatan Menteri Kementerian Dalam Negeri Yang Berhormat Dato' Seri Hamzah bin Zainudin Sempena Hari Penjara Ke-230. Lawatan ini diiringi Komisioner Jeneral Penjara Yang Berbahagia Dato' Seri Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Yang Berbahagia Dato' Alzafry Mohamed Alnasif bin Mohamed Adahan, Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia (Keselamatan dan Koreksional), Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Yang Berbahagia Dato' Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia (Pemasyarakatan), Pengarah-pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM) dan Timbalan Komisioner Penjara Abdul Halim bin Ma Hassan, Pengarah Penjara Kajang bagi melihat program pemulihan yang dilaksanakan, dimulai dengan Fasa I (aktiviti kawad dan Modul HUNT), Fasa II (lawatan ke Unit Therapeutic Community dan Unit Halaqah) di Blok Cemerlang dan Fasa III (lawatan ke Bengkel Roti dan Program Pengajian Tinggi Penghuni). Sesi taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Komisioner Penjara Abdul Halim bin Ma Hasan, Pengarah Penjara Kajang dan Penolong Komisioner Penjara Ahmad Mustakim bin Che Bisi, Seksyen Rawatan dan Layanan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM). Kunjungan lawatan berakhir ke Dewan Kelab Penjara Kajang untuk sesi sidang media dan jamuan.