| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Sukan Peringkat Banduan Penjara Bentong Tahun 2020

Rabu, 2 September 2020 ? Unit Pemulihan Penjara Bentong, Pahang Berjaya menganjurkan Majlis Penutup Karnival Sukan Banduan Tahun 2020 setelah sebulan Karnival Sukan banduan diadakan.
Antara Acara yang dipertandingkan adalah Bola sepak 9 sebelah, Bola Tampar, Kawad Kaki Formasi, Sepak Takraw, Futsal , Karaoke, Ping Pong, Dam Haji, Karom, Catur dan Congkak. Pertandingan disertai oleh Banduan dari Blok Aman ( Fasa 1 : Orientasi ), Blok Gemilang ( Fasa 2 : Halaqah, TC, PB ), Blok Cahaya ( Fasa 3 : Kemahiran ), Blok Damai ( Reman ), Ehsan ( Tahanan POCA ) dan. Majlis Penutup dihadiri oleh TPP Mohamad Hasnor Bin Abd. Hamid , KIP Muhamad Bin Hamzah, dan dirasmikan oleh PP Sabri Bin Mat Saat.
Majlis bermula dengan perarakan kontigen peserta karnival Sukan, dan diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku Oleh Banduan,persembahan dari Pemenang Karaoke, persembahan dari pemenang pertandingan Kawad Kaki Formasi serta diteruskan penyampaian hadiah, Ucapan dan gimik Perasmian oleh PP Sabri.
Majlis berakhir dengan sesi bergambar pegawai dan peserta karnval sukan. Diharap dengan berakhirnya program ini dapat memupuk semangat kesukanan dan semangat kerjasama serta tidak mengulangi perkara yang tidak menyalahi undang-undang negara.