| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Ke 230 Tahun 2020 Peringkat Penjara Pusat Sibu

Institusi Penjara Pusat Sibu telah menyambut Hari Jabatan Penjara Malaysia Ke 230 pada 03 September 2020 (Khamis), bertempat di Padang Futsal, Penjara Pusat Sibu. Majlis disempurnakan oleh YDH PKP Hamad Bin Seman, Pengarah Penjara Pusat Sibu. Turut hadir memeriahkan majlis adalah PP Tze Khee Shoon, Timbalan Pengarah dan PP Triyo Kurniawan Bin Kusmadi. Perbarisan pada pagi tersebut diketuai oleh TPP Gudam Anak Diai. YDH PKP Hamad Bin Seman turut membacakan perutusan YBhg KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar sempena sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Ke 230. Antara pengisian program sempena Sambutan Hari Penjara Peringkat Penjara Pusat Sibu ialah Program Pemeriksaan Kesihatan, Lawatan Kebajikan ke atas Pesara, Sukan Kakitangan, Senamrobik, Pertandingan Bola Tampar, Kayuhan Basikal, Bacaan Yasin, Solat Maghrib dan Solat Isya? Berjemaah.