| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke 230 Peringkat Institusi Penjara Taiping Tahun 2020

Pada 03 September 2020 Penjara Taiping telah mengadakan sambutan Hari Penjara kali ke 230 Peringkat Institusi Penjara Taiping. Sambutan telah dimulakan pada jam 7.00 pagi dengan perhimpunan pagi di Dataran Taming Sari, Penjara Taiping yang di sempurnakan oleh, Penolong Kanan Komisioner Mohd Farid bin Kassim, Pengarah Penjara Taping. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia dan Ikrar Jabatan. Beliau turut membacakan perutusan khas sempena Hari Penjara ke 230 oleh Y. Bhg Dato Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Di dalam majlis tersebut telah diadakan pemakaian pangkat Sarjan TBBK, Koperal TBBK serta pingat-pingat kepada kakitangan pelbagai pangkat dan kakitangan awam. Majlis diteruskan dengan gimik pembakaran artikel larangan yang di rampas sepanjang tahun 2019.