| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Mesra Rakyat YB. Menteri Dalam Negeri Dan Penyampaian Sumbangan Kepada Anak-Anak Yatim Anggota Jabatan Penjara Malaysia

1 Okt. 2010 - YB. Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri telah menganjurkan Majlis Mesra Rakyat dan Majlis Aidilfitri bertempat di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak Kuala Lumpur. Semua jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri mengambil bahagian dalam majlis ini dengan membuka kaunter khidmat pelanggan masing-masing bagi memudahkan rakyat berurusan serta menyediakan gerai yang menghidangkan pelbagai juadah untuk meraikan tetamu yang hadir. Jabatan Penjara Malaysia menyediakan pelbagai makanan seperti bihun sup, mee sup, kuey teow sup disamping menu wajib seperti sate, lemang, ketupat, rendang serta minuman panas dan sejuk

YB. Menteri Dalam Negeri juga turut sudi menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan anak-anak kurang upaya di bawah Kementerian Dalam Negeri. Seramai 30 orang anak-anak anggota Jabatan Penjara Malaysia daripada Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Penjara Kajang, Penjara Wanita Kajang dan Penjara Sungai Buloh telah menerima sumbangan ini. Di samping itu, penyanyi jabatan juga turut dijemput bagi memeriahkan majlis dengan diiringi Kombo PDRM.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri , Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri.