| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Perasmian Program Gaya Hidup Sihat & Kejohanan Petanque Piala Pengarah Penjara Negeri Sabah / Wilayah Persekutuan Labuan

Pada 02 Februari 2019, 07.15 Pagi bertempat di Dataran Setia dan Arena Petanque, Pusat Koreksional Labuan telah berlangsung Majlis Perasmian Program Gaya Hidup Sihat dan Kejohanan Petanque Piala Pengarah Penjara Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rithuan bin Haji Mohd Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan, Superintendan, Muhamad Farid bin Ahmad, Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Pegawai Imigresen Kanan, Asani bin Ladjani, Pengarah Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Labuan dan Dr. Ismuni bin Bohari, Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan. Program Gaya Hidup Sihat tersebut dimulakan dengan Aktiviti Senamrobik yang melibatkan semua tetamu jemputan, peserta-peserta kejohanan petanque daripada institusi-institusi Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kakitangan serta ahli keluarga Pusat Koreksional Labuan. Sebanyak 05 institusi dari Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Labuan telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang berlangsung selama 02 hari iaitu Pusat Koreksional Labuan selaku tuan rumah kejohanan diketuai oleh Timbalan Penguasa Penjara, Peter Anak Rex Barthy, Penjara Tawau diketuai oleh Timbalan Penguasa Penjara, Mohd Hilnee bin Zainal, Penjara Pusat Kota Kinabalu diketuai oleh Ketua Inspektor Penjara, Azali bin Aziz, Penjara Sandakan diketuai oleh Timbalan Penguasa Penjara, Ardiansyah bin Mahmod dan Sekolah Henry Gurney Keningau diketuai oleh Inspektor Penjara, Sajideh bin Samin.