| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penerimaan Sumbangan Buah Limau Daripada Persatuan Buddhist Labuan Kepada Penghuni Dan Kakitangan Pusat Koreksional Labuan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2019

Pada 02 Februari 2019 (Sabtu), bertempat di Perkarangan Pejabat Pentadbiran Pusat Koreksional Labuan telah berlangsung majlis penyerahan sumbangan buah limau sempena Tahun Baru Cina 2019 kepada Penghuni dan Kakitangan Pusat Koreksional Labuan daripada Persatuan Buddhist Labuan diketuai oleh Encik Wong Tack Peng, Pengerusi Persatuan Buddhist Labuan. Sumbangan tersebut telah diterima oleh Timbalan Penguasa Penjara, Alfonsus Francis Anak Hill, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan Pusat Koreksional Labuan dan disaksikan oleh Inspektor Penjara, Mohammadiah bin Bakti, Ketua Unit Pemulihan Pusat Koreksional Labuan serta Sarjan Penjara, Rosmi binti Abdullah, Pegawai Unit Vokasional Industri Pusat Koreksional Labuan.