| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Serahan Kutipan Tunggangan Amal Sempena Infokraf Penjara Zon Timur, Karnival Usahawan Desa Dan Pembangunan Masyarakat 2017

Pada 29 November 2017 upacara ringkas penyerahan kutipan Tunggangan Amal sempena Infokraf Penjara Zon Timur, Karnival Usahawan Desa dan Pembangunan Masyarakat 2017 telah diadakan di Pejabat Pegawai Daerah Dan Tanah Bentong, Pahang. Penyerahan telah disempurnakan oleh PKK Aminon bin Adnan – Timbalan Pengarah Penjara Bentong kepada YH Dato’ Azhar bin Haji Arshad, Pegawai Daerah Bentong merangkap Pengerusi Rumah Anak Yatim Al Ihsan Bentong. Program Tunggangan Amal dirasmikan oleh YH Dato’ Roslin binti Haji Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Parlimen Bentong pada 25 November 2017. Turut hadir YH Dato’ Ab Basir bin Mohamad , Pengarah Penjara Negeri Pahang, YH Dato’ Mohd Sakeri bin Haji Dollah , Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan ( Seksyen Vokasional & Industri IPPM ) dan YH Dato’ Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong.