| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan dan Pemeriksaan Pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka ke Ladang Ternakan Lembu Penjara Sungai Udang, Melaka

Pada 27.11.2017 ( Isnin) 4 Pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka yang diketuai oleh Dr Amalina  disambut oleh IP Muhammad Akmal bin Salleh (Pegawai Pembangunan) dan IP Maszli bin Abdullah ( Setiausaha Kelab Sukan dan Kebajikan)  telah mengadakan lawatan ke ladang ternakan lembu Penjara Sungai Udang, Melaka. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memberi khidmat nasihat mengenai tatacara dari segi pengurusan, penjagaan dan pengendalian ternakan serta bantuan yang perlu kepada Institusi. Ladang yang telah dibina melalui kos peruntukan Kelab Sukan dan Kakitangan Penjara Sungai Udang bertujuan untuk menambah dana kelab serta membantu anggota untuk membuat ibadah korban dan lain-lain dengan kadar yang berpatutan.