| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Taklimat Pengundian Pos Kepada Anggota Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Zon Selatan 1

Bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Sungai Udang, Melaka telah diadakan taklimat Pengundian Pos kepada Anggota Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Zon Selatan 1 pada 15.11.2017 (Rabu). Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Khadijah binti Ishak, Ketua Program (Strategik), Akademi Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Putrajaya. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh Pengarah–pengarah Institusi, kakitangan / anggota pelbagai pangkat dari Institusi Penjara Negeri Melaka dan Pusat Pemulihan Akhlak, Muar, Johor yang dianggarkan seramai 70 anggota. Sesi soal jawab bersama penceramah juga turut diadakan pada sesi taklimat tersebut.