| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Muzium Penjara Malaysia Bersama Anak-Anak Yatim Negeri Melaka

11 November 2017 – Muzium Penjara Malaysia telah mengadakan sebuah program bersama anak-anak yatim sekitar Negeri Melaka yang telah dirasmikan oleh Yang Dihormati Penguasa Penjara Mohd Rothman Bin Bujang,Pengarah Muzium Penjara Malaysia Melaka. Turut serta menjayakan program ini adalah YBhg Ustaz Rahmat Hidayat Bin Ahmad Rosidi Guru Agama Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka,YBhg Ustaz Abd Jalil Bin Abd Samad Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka serta tetamu-tetamu jemputan daripada Pertubuhan Anak Yatim Daerah Jasin,Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Melaka dan Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah Melaka. Program ini merupakan sebuah program yang julung kali diadakan bersama anak-anak yatim sekitar Negeri Melaka di Muzium Penjara Malaysia. Antara pengisian lain program tersebut adalah Bacaan Tahlil,Ceramah Agama dan juga Lawatan Berpandu. Diharap dengan adanya program seperti ini dapat memberikan info yang berguna kepada kumpulan anak-anak yatim yang hadir seterusnya dapat menjadikan Muzium Penjara Malaysia sebagai sebuah agensi kerajaan yang prihatin kepada masyarakat luar terutamanya golongan anak yatim di negeri ini.