| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Kakitangan Dan Ikrar Bebas Rasuah Bagi Penjara Simpang Renggam Johor

Pada 13 November 2017 ( Isnin ) telah diadakan Perhimpunan bulanan kakitangan bulan November dan Ikrar Bebas  Rasuah ( IBR ) peringkat Institusi Penjara Simpang Renggam Johor. Aturcara Majlis dimulakan dengan pemakaian pangkat pengesahan jawatan Inspektor , pemakaian pangkat Koperal Hakiki dan sijil perhargaan kepada kakitangan . Ikrar Bebas Rasuah diketua oleh PP Nurolekhsan Bin Abdul Rahim. TKP Ramli Bin Osman Pengarah Penjara Simpang Renggam dalam ucapannya menegaskan supaya semua kakitangan membenci dan menolak sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa. Majlis diakhiri dengan tandatangan Ikrar Bebas Rasuah  PKP Azman  Bin Mohd Ali Timbalan Pengarah Penjara Simpang Renggam dan semua kakitangan  disaksikan oleh TKP Ramli Bin Osman Pengarah Penjara Simpang Renggam.