| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Gotong –Royong Pembersihan Di Melaka International Bowling Centre (MIBC)

Pada 03 November 2017 bertempat di  Melaka International Bowling Centre (MIBC) telah berlangsung program gotong-royong bersama  Agensi- agensi Kerajaan di dalam Negeri Melaka. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Rohazam bin Bakar Pengurus Besar  Melaka International Bowling Centre (MIBC). Seramai  (4) kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri (6) kakitangan Pejabat Parol Daerah Melaka Tengah dan (20) Orang Di Parol (ODP) yang diketuai oleh PKP Noratimah binti Abu Bakar telah hadir bersama-sama dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancang.
         
Program ini telah dimulakan dengan taklimat oleh pihak Urusetia dan pembahagian tugas beserta peralatan kerja pada jam 09.00 pagi. Peserta program ini juga telah membersihkan kawasan persekitaran dalam bangunan Melaka International Bowling Centre (MIBC).  Program berakhir kira-kira jam 12.00 tengahari .

Program ini juga merupakan program intevensi ke atas ODP dan Residen Rumah Perantaraan supaya dapat menimbulkan keinsafan kepada mereka dapat mengubah cara kehidupan mereka menjadi lebih baik selain memberikan peluang kepada mereka untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama komuniti.