| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kursus Umrah Peringkat Kakitangan Penjara Marang Terengganu Oleh Juara Travel & Tours Sdn Bhd

28hb. Oktober 2017 (Sabtu)    -    Surau Muhammadiah Penjara Marang Terengganu dengan kerjasama Juara Travel & Tours telah mengadakan Kursus Umrah Peringkat Kakitangan Penjara Marang Terengganu. Program kursus bermula pada jam 10.00pagi dan berakhir jam 12.00tengahari. Turut serta dalam kursus kali ini adalah jemaah disekitar Penjara Marang, pengisian kursus dimulai dengan taklimat mengenai isu-isu semasa berkenaan kes-kes penipuan Pakej Haji dan Umrah serta lain-lain isu semasa berkaitan Haji dan Umrah. Susunatur seterusnya adalah taklimat Umrah oleh Ustaz Dzul Helmi Ghazali iaitu Petugas Pengurusan Jemaah Haji dan Umrah dari Juara Travel.