| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Bicara Mufti Bersama Penghuni Dan Kakitangan Pusat Koreksional Labuan

Pada 31 Januari 2019 (Khamis), jam 09.00 pagi telah berlangsung Program “Bicara Mufti” bersama Penghuni dan Kakitangan Pusat Koreksional Labuan bertempat di Surau Muhammad Al-Fateh, Blok Sejahtera. Program tersebut merupakan anjuran Unit Agama Pusat Koreksional Labuan diketuai oleh Ustaz Muhamad Firdaus bin Abdullah dengan kerjasama Unit Pemulihan Pusat Koreksional Labuan diketuai oleh Inspektor Penjara, Mohammadiah bin Bakti. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Syukri bin Abd Ghani, Ketua Penolong Mufti Wilayah Persekutuan Labuan dan turut dihadiri oleh Penguasa Penjara, Jaafar bin Timbang, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Labuan. Program tersebut juga turut diselitkan dengan sesi soal jawab agama daripada penghuni dan kakitangan yang hadir.