| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Muhibbah Dan Ziarah Kebajikan YBhg. Datin Sri Hajah Noraini binti Haji Man, Yang DiPertua Persiap Malaysia ke Penjara Pusat Miri dan Negara Brunei Darussalam

Pada 25-28 Januari 2019, institusi ini telah menerima kunjungan dan lawatan rasmi oleh YBhg. Datin Sri Hajah Noraini binti Haji Man, Yang DiPertua Persiap Malaysia sempena Program Lawatan Muhibbah dan Ziarah Kebajikan beliau ke Sarawak mulai 25 Januari 2019 di Miri dan akan berakhir di Kuching, Sarawak pada 02 Februari 2019. Lawatan ini turut disertai oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan isteri, Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Sarawak serta Pengerusi Persiap Cawangan Negeri Sarawak. Sepanjang beliau berada di Miri, beberapa aktiviti telah dilaksanakan seperti berikut:- 1. Majlis Perasmian Taska Sri Lambir, Penjara Pusat Miri & Lawatan Kebajikan serta Suai Kenal Bersama Persiap Penjara Pusat Miri (25 Januari 2019) 2. Lawatan Ke Penjara Negara Brunei Darussalam (26 Januari 2019) 3. Majli Makan Malam Tautan Muhibbah Persiap Sarawak Tahun 2019 (27 Januari 2019 bertempat di Pullman Hotel, Miri) Disamping itu juga telah diadakan Kejohanan Tenpin Bowling Persiap yang telah diadakan pada 28 Januari 2019 mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Megalanes East, Bintang Megamall Miri sebelum beliau meneruskan lawatan ke Bintulu. Kejohanan bowling ini telah melibatkan penyertaan daripada Persiap Cawangan Negeri Sarawak dan juga Sabah.