| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Dan Pertandingan Nasyid Peringkat Penghuni Penjara Simpang Renggam, Johor

Pada 30 Januari 2019 bersamaan 24 Rabiul Akhir 1440 H telah berlangsungnya Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Pertandingan Nasyid peringkat Tahanan dan Banduan Penjara Simpang Renggam, Johor. Majlis bermula dengan Ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Khaidir Bin Harizan daripada Majlis Agama Kluang, Johor. Majlis diteruskan lagi dengan Pertandingan Nasyid diantara tahanan dan banduan. Keputusan pertandingan Johan di menangi oleh kumpulan banduan kawasan (4) dan Naib Johan kumpulan Nasyid Bengkel Jahit POCA. Turut hadir dalam majlis ini ialah PKK Haji Azman Bin Mohd Ali, Timbalan Pengarah Penjara Simpang Renggam, Timbalan Penguasa Penjara, Pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Unit Pemulihan. Majlis di akhiri dengan penyampaian hadiah dan selawat beramai-ramai.