| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Krismas Tahun 2018 Peringkat Penghuni Penjara Pusat Sri Aman

Pada 20 Disember 2018 (Khamis), Seksyen Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Sri Aman telah menganjurkan Program Jalinan  Kasih Sempena  Sambutan Hari Krismas peringkat penghuni yang diadakan di Perkarangan Pejabat Pentadbiran  melibatkan seramai 10 orang penghuni  beragama Kristian yang dipilih dan 45 orang ahli keluarga penghuni.

Program ini telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Pusat Sri Aman, PKP Teyun Thian Eim. Program seumpama ini diadakan setiap tahun bagi mendekatkan hubungan penghuni dengan keluarga dan kemuncak program ini adalah penyampaian kad ucapan Krismas dan Tahun Baru yang dibuat sendiri oleh penghuni kepada keluarga masing-masing. Penghuni juga diberi peluang untuk menyanyikan ‘Carroling Krismas’ di depan keluarga masing-masing. Program ini berakhir jam 1100 pagi dengan jayanya.