| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Sambutan Program Temuseru Jabatan Penjara Malaysia Anjuran Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak

Pada 6 Disember 2018, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah menganjurkan Program Temuseru Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sarawak bertempat di SK (A) Ibnu Khaldun, Kota Samarahan Sarawak. Program telah dirasmikan oleh YDH. Komisioner Penjara Ibrisam Bin Abdul Rahman Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti, IPPM dan  turut  dihadiri oleh, TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKK Fathi Bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Ketua-Ketua Institusi, (40) Pegawai dan Kakitangan Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sarawak serta (230) jemputan diantaranya Ketua-ketua Kaum, Penghulu-Penghulu, NGO-NGO dan Agensi Kerajaan di sekitar Daerah Kota Samarahan dan Asa Jaya.

Susun atur sambutan program  dimulakan dengan Tayangan Video Koprat mengenai Sistem Perlaksanaan Parol untuk tayangan kepada para-para jemputan yang hadir dan juga persembahan Pentomin bertajuk “Mati Hidup Semula “dari Banduan-Banduan Penjara Puncak Borneo dan dikuiti dengan Persembahan Lakonan daripada Kakitangan Parol yang mengisahkan Perjalananan Sistem Pelaksanaan Parol Jabatan Penjara Malaysia.  

Dalam Program tersebut telah diadakan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Agensi-agensi Kerajaan yang telah berkolaborasi dengan Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sarawak bagi mencapai matlamat Program yang telah dilaksanakan.