| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Kemahiran Banduan Bersama Badan Korporat Di Penjara Sungai Petani

Pada 4 Disember 2018, Penjara Sungai Petani telah mengadakan Kursus Kemahiran Banduan Bersama Badan Korporat. Kursus ini bertujuan untuk memberi maklumat dan menambahkan ilmu kemahiran banduan agar dapat dimanfaatkan apabila dibebaskan kelak. Program tersebut telah mendapat kerjasama daripada Encik Mazlan bin Kassim daripada pihak Persatuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) cawangan Kedah/Perlis dan juga Encik Teh Beng Soo daripada Syarikat Lypometal Sdn Bhd.

Pada 6 Disember 2018, Kursus Kemahiran Banduan Bersama Badan Korporat diteruskan lagi dengan kursus kemahiran gunting rambut daripada Encik Willy daripada Syarikat De’Touch Beauty & Salon Sdn Bhd.Turut hadir bersama pada kursus tersebut adalah Encik Idris bin Ismail daripada Persatuan PENAWAR dan juga Encik Kalian A/L Kalimuthu daripada Kelab Rotary Sungai Petani.