| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Ceramah Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Tangga Batu

Tanggal 14 Rabiulawal 1440 H bersamaan 22 November 2018 M (Khamis) bertempat di Masjid Sultan Muhammad V, Penjara Sungai Udang, Melaka telah diadakan Ceramah Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Dai’ Annas bin Khamis yang bertajuk “Andai Nabi Muhammad Masih Ada”. Turut hadir pada ceramah tersebut adalah YB Prof Madya Rusnah binti Aluai, Ahli Parlimen Tangga Batu dan merupakan penganjur Ceramah Perdana tersebut dengan kerjasama Masjid Sultan Muhammad V, YDH TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor, Pengarah Penjara Sungai Udang, YDH Encik Mohd Lukman bin Abdul Ghani, Penyelaras DUN Sungai Udang, Wakil Ketua Institusi Negeri Melaka serta penduduk Kariah Masjid Sultan Muhammad V.