| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Deepavali Peringkat Penghuni Penjara Sungai Petani, Kedah Tahun 2018

11 November 2018 (Ahad), Institusi Penjara Sungai Petani, Kedah telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Deepavali peringkat penghuni bagi tahun 2018. Seramai 10 orang penghuni terlibat dengan perjumpaan bersemuka dengan keluarga dalam program tersebut. Majlis dimulakan dengan persembahan nyanyian oleh penghuni. Seterusnya ucapan oleh PKP Raja Nazril Azman b. Raja Azam Iskandar, Pengarah Penjara Sungai Petani disusuli ramah mesra dan penyampaian cenderahati oleh Pengarah dan tetamu jemputan Presiden Persatuan Hindu Sangam Malaysia Dato’ RS Mohan Shan kepada keluarga penghuni. Turut hadir dalam majlis tersebut TPP Mohd Yusrizal b. Othman, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan Penjara Sungai Petani, Pengerusi dan Jawatankuasa Persatuan Hindu Sangam Negeri Kedah, Kakitangan Unit Pemulihan dan Rawatan serta pegawai lain-lain pangkat Penjara Sungai Petani, Kedah.