| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bengkel Pengurusan Jenazah Peringkat Penghuni, PPA/Pusat Koreksional Machang 2018

Pada 29 Oktober 2018 (Isnin) Unit Agama Islam dengan kerjasama Unit Pemulihan dan Pendidikan PPA/ Pusat Koreksional Machang telah mengadakan Bengkel Pengurusan Jenazah bertempat disurau al-hidayah yang melibatkan seramai 80 orang penghuni (60 o/banduan dan 20 o/tahanan). Aturcara majlis dimulai dengan ceramah teori berkaitan pengurusan jenazah yang telah disampaikan oleh KPL Zulkifli bin Salleh, Pembantu Guru Agama. Latihan praktikal pengurusan jenazah bermula dari saat kematian sehingga cara pengembumian jenazah diadakan pada sesi petang. Bengkel pengurusan jenazah ini berjalan dengan lancar dan memberi kesan yang baik kepada penghuni.