| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Bicara Mufti Sempena Sambutan Maal Hijrah 1440 “Hijrah Menuju Ilahi Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

13 September 2018 (Khamis) - Unit Agama Islam, Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah menganjurkan Program Bicara Mufti Sempena Sambutan Maal Hijrah 1440 bertajuk “Hijrah Menuju Ilahi” bertempat di Surau An-Nur Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Program ini merupakan salah satu program tahunan di bawah Unit Agama Sempena Sambutan Maal Hijrah yang diketuai Ustaz Ahmad Khalilullah Bin Hamdan di bawah selian TPP Muhamad Naim Bin Hj Amir. Program ini turut dihadiri oleh PKK Hafidz Bin Othman Pengarah Penjara Negeri Sembilan, PKP Fayrouz Bin Ahmad Zawawi Pengarah Institusi Pemulihan Dadah dan Pegawai Agama Islam Daerah Jelebu Ustaz Muhamad Rusydan Bin Ab Hamid serta diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. S.S Dato’ Haji Mohd Yusof Bin Haji Ahmad Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi menyampaikan ceramah kepada kakitangan dan penghuni institusi. Seramai 150 orang penghuni dan 50 orang tetamu dan kakitangan bersama-sama menjayakan program ini. Program bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Objektif program ini ialah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan khasnya kepada penghuni dalam usaha mereka untuk berhijrah ke arah yang lebih baik disamping memberi peluang untuk megenali mufti dengan lebih dekat. Selain itu, dapat merapatkan ukhuwah islamiyah yang lebih erat antara kerjasama JabatanPenjara Malaysia dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.