| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Yayasan Pencegahan Jenayah Negeri Pulau Pinang (MCPF) Ke Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang

Pada 24 Januari 2019 (Khamis) jam 9.00 pagi, Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah menerima lawatan dari Yayasan Pencegahan Jenayah Negeri Pulau Pinang (MCPF) diketuai oleh YBhg. Dato’ Seri Syed Jaafar bin Syed Ali, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Negeri Pulau Pinang (MCPF). TKP Roslan bin Hj. Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang bersama PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah menyambut kedatangan ahli jawatankuasa Yayasan Pencegahan Jenayah Negeri Pulau Pinang (MCPF) dan seterusnya dibawa  melawat di sekitar kawasan institusi antaranya Bengkel Katering Banduanita, Blok Penempatan Banduan dan Bengkel Perusahaan Banduan. Sesi taklimat telah disampaikan berkenaan Keselamatan, Pemulihan, serta Parol dan Perkhidmatan Komuniti kepada ahli jawatankuasa. Program berakhir sekitar jam 12.00 Tengahari.