| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Gotong Royong Perdana Memerangi Aedes Bagi Tahun 2018, Pusat Koreksional Bintulu

Pada 17 Ogos 2018 (Jumaat), Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Gotong Royong Perdana Memerangi Aedes bagi tahun 2018. Aktiviti ini telah dimulakan pada jam 2.30 petang dengan melibatkan beberapa kawasan penjara dan pada kali ini fokus lebih terarah kepada seluruh kawasan kuarters kediaman kakitangan seperti membersihkan longkang, tempat pembuangan sampah, tapak permainan kanak-kanak, parkir kenderaan mengutip sampah sarap sekeliling kuarters serta membuang segala barang-barang yang tidak digunakan di mana ianya berpotensi sebagai tempat pembiakan aedes. Seramai enam puluh (60) orang yang terdiri daripada Pegawai Kanan, anggota pelbagai pangkat, dan kakitangan awam terlibat pada kali ini yang turut dimeriahkan dan disertai oleh Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, PP Nazri Bin Mohamad. Selain aktiviti gotong-royong, turut diadakan ialah pemeriksaan kesihatan bagi mencegah dan mengesan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) terhadap anak-anak kakitangan berumur dari enam (6) bulan sehingga lima belas (15) tahun yang telah dijalankan oleh empat (4) orang pegawai kesihatan Klinik Kesihatan Bintulu. Aktiviti ini telah berakhir pada jam 4.30 petang.