| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar Ramadhan Peringkat Penjara Negeri Melaka Di Masjid Sultan Muhammad V, Penjara Sungai Udang, Melaka

Majlis Iftar Ramadhan Peringkat Institusi Penjara Negeri Melaka telah diadakan pada 09.06.2018 (Sabtu) bertempat di Masjid Sultan Muhammad V, Penjara Sungai Udang, Melaka. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YBrs. KP Ibrisham bin Abdul Rahman Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti IPPM yang mewakili YBhg. KJP Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Haji Omar Komisioner Jeneral Penjara Malaysia. Turut hadir pada majlis tersebut YBrs. KP Abdul Aziz bin Mohamad Pengarah Penjara Negeri Melaka, YBrs. Noor Aziz bin Muhammad Noor Pengarah Penjara Sungai Udang dan Ketua Institusi Penjara Negeri Melaka, wakil Institusi serta warga kerja Penjara Sungai Udang. Pada majlis tersebut juga diadakan sumbangan kepada 65 orang fakir miskin dan sumbangan kepada peserta khatam al-quran. Kira – kira 600 orang telah menghadiri majlis Iftar Ramadhan tersebut.