| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Konsulat Jenderal Republik Indonesia Ke Penjara Pusat Sri Aman

Seramai 5 orang Pegawai daripada Konsulat Jenderal Republik Indonesia yang diketuai oleh Bapak Muhammad Abdullah telah mengadakan program lawatan kerja di Penjara Pusat Sri Aman pada 05 Jun 2018 (Selasa). Lawatan ini bertujuan melawat banduan warganegara Indonesia yang sedang menjalani hukuman di institusi Penjara Pusat Sri Aman. Turut diadakan ceramah motivasi oleh pegawai konsulat yang hadir kepada 116 banduan warganegara Indonesia yang hadir pada program tersebut.