| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Banduan Mualaf Dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Di Penjara Sungai Udang, Melaka

Bertempat di Rumah Ngaji Penjara Sungai Udang, Melaka pada 31.05.2018 ( Khamis ) telah diadakan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada banduan Mualaf dari Majlis Agama Islam Melaka. Sumbangan berbentuk wang tunai telah di sempurnakan oleh Al-fadil Ustaz Muhammad Hafizi bin Ab. Kadir, Pegawai Hal Ehwal Islam, selaku Penolong Ketua Balai islam Melaka, Majlis Agama Islam (MAIM) dan turut menyerikan majlis PP Sulan bin Bachek yang mewakili TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor Pengarah penjara Sungai Udang, Melaka. Seramai 19 orang banduan mualaf lelaki  dan 3 orang banduan mualaf wanita terdiri ( 19 ) banduan sabitan dan ( 3 ) banduan akhir telah menerima sumbangan tersebut. Intipati dari ucapan ringkas dari ustaz Muhammad Hafizi bahawa MAIM sentiasa membantu golongan ini dengan memberi sumbangan setiap tahun agar mereka dapat menceriakan dan kegembiraan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri.