| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Sambil Belajar Dari Pegawai Penjara National Jail Management And Penology Training Institute, Filipina

Pegawai penjara dari National Jail Management And Penology Training Institute,  Filipina telah mengadakan lawatan sambil belajar  ke Penjara Sungai udang, Melaka pada 14.05.18( Isnin ). Seramai 6 pegawai yang diketuai oleh Engr.Enrico T Yuzon telah disambut oleh PP Ismawi bin Sulong yang mewakili Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka, TPP Muhammad Asyaraff bin Abdullah serta pegawai kanan yang lain. Rombogan tersebut bertujuan untuk menjadikan Penjara Sungai Udang, Melaka sebagai model pembinaan penjara yang bakal dibina di Filipina. Taklimat mengenai kepenjaraan dan Penjara Sungai Udang telah disampaikan oleh KIP Ganesan Pillay A/L B.S Pillay, dan selepas dari taklimat mereka dibawa melawat ke  blok penempatan banduan wanita, bengkel perusahaan, pejabat pemulihan dan hospital penjara.