| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kejohanan Olahraga & Permainan Sekolah Integriti Dan Sekolah Henry Gurney Kali Ke-10 Tahun 2018

Pada 10-11 April 2018 – Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menjadi tuan rumah pada Kejohanan Olahraga Dan Permainan Kali Ke-10 Tahun 2018. Sebanyak tujuh kontinjen iaitu Sekolah Integriti Puncak Alam, Sekolah Integriti Kluang, Sekolah Integriti Marang, Sekolah Integriti Sungai Petani, Pusat Koreksional Jasin, Sekolah Henry Gurney Keninggau dan Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka telah menyertai kejohanan ini. Majlis Pembukaan telah disempurnakan oleh PKP Abd Rahman Bin Taib Pengarah SHG Telok Mas, manakala Majlis Penyampaian Hadiah Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh TKP Kausalya Devi a/p Sathoo, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia mewakili Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Majlis juga dihadiri oleh Pengarah-pengarah Penjara Negeri dan Ketua-ketua institusi dari kontinjen yang bertanding. Sebanyak (12) acara telah dipertandingkan dengan beberapa rekod lama telah diperbaharui oleh atlit-atlit yang bertanding. Atlit dari Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah dinobatkan sebagai Olahragawan dan kontinjen SHG Telok Mas juga turut memenangi johan keseluruhan bagi acara olahraga dan permainan Kejohanan Sukan Sekolah Integriti Dan Sekolah Henry Gurney.