| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Gotong – Royong Sempena Sambutan Hari Penjara Ke 228 Peringkat Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka

Sempena Sambutan Hari Penjara Yang Ke 228  Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka telah mengadakan Aktiviti Program Gotong-Royong yang telah diadakan pada 04.04.2018 (Rabu). Program tersebut telah dibahagi kepada beberapa kumpulan seperti kawasan kuarters Pegawai Kanan, Kuarters Kakitangan, Pejabat Perusahaan dan Pusat Kejiranan. Seramai 139 anggota pelbagai pangkat serta anggota awam telah terlibat dan turut disertai oleh YDH TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor Pengarah Penjara Sungai Udang, YDH PKK Wan Umar bin Wan Abdullah Timbalan Pengarah dan  timbalan- timbalan Penjara Sungai Udang. Program ini diadakan bertujuan memastikan kawasan kuarters kakitangan sentiasa dalam keadaan bersih dan juga mengelakkan daripada penyakit seperti deman denggi, penyakit kulit dan sebagainya. Selain itu program sebergini dapat menjalinkan dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan anggota serta ahli keluarga anggota.